PORT DICKSON – Seorang lelaki dan motosikalnya tercampak ke dalam longkang selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta Perodua Kenari di Kilometer 10.5, Jalan Seremban-Port Dickson di sini pagi tadi. Ketua Polis daerah, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 7.10 pagi itu, mangsa, M. Dhevakumar yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC datang dari arah Seremban menuju Port Dickson. Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta Perodua Kenari di laluan sama telah menukar arah dari lorong kanan ke kiri secara tiba-tiba. “Mangsa yang bekerja sebagai pemandu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya