Lelaki melecur seluruh badan banglo terbakar - Utusan Malaysia

Lelaki melecur seluruh badan banglo terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Julai – Seorang lelaki melecur seluruh badan selepas banglo didiami terbakar di Jalan Batai, Bukit Damansara, di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.49 pagi sebelum mengejarkan 27 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Hartamas, BBP Pantai dan BBP Hang Tuah ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba, didapati sebuah banglo sedang terbakar dan pasukan mengambil masa 40 minit bagi mengawal api.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa berusia 52 tahun yang melecur tahap pertama dihantar ke Hospital Kuala Lumpur oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kebakaran berlaku di dua bilik di tingkat dua banglo itu yang berkeluasan hampir 70 meter persegi namun punca kejadian masih dalam siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini