Lelaki lemas terjatuh dalam sungai ditemui - Utusan Malaysia

Lelaki lemas terjatuh dalam sungai ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki yang dikhuatiri mati lemas di kawasan muara Sungai Udang, Nibong Tebal di sini berjaya ditemui sebentar tadi selepas dia dilaporkan terjatuh ke dalam sungai itu kira-kira pukul 6.15 petang tadi.

Mayat mangsa, K. Kalidasan, 33, ditemui kira-kira pukul 8 malam oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Jurucakap Maritim Malaysia berkata, mayat mangsa ditemui oleh pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Menyelamat (JBPM) kira-kira 15 meter dari lokasi dia dikatakan terjatuh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mayat kemudiannya dihantar ke Hospital Sungai Bakap, Nibong Tebal untuk dibedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Operasi berkenaan disertai JBPM, Maritim Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Dalam kejadian tersebut, mangsa dikatakan sedang membersihkan jala di tebing sungai itu sebelum dia tergelincir dan tenggelam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini