KUALA NERUS 18 Julai – Lebih 140 kucing terbaik daripada pelbagai baka di rantau ini akan ditampilkan dalam Pertunjukan Kucing Antarabangsa CFA Terengganu 2019 yang berlangsung di Stadium Tertutup di Gong Badak dekat sini pada Sabtu dan Ahad ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, selain Malaysia, penyertaan turut membabitkan kucing dari Thailand, Indonesia dan Turki. Katanya, program bertaraf antarabangsa yang julung kali diadakan itu…










