Lebih 1,000 jawatan kosong di Karnival Pekerjaan EIS Perkeso - Utusan Malaysia

Lebih 1,000 jawatan kosong di Karnival Pekerjaan EIS Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Orang ramai khususnya belia yang sedang mencari pekerjaan boleh mengunjungi Karnival Pekerjaan EIS Perkeso Kedah 2019 di pusat beli-belah Aman Central, Alor Setar Kedah, 27 Julai ini.

Sistem Insurans Pekerja (EIS) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memaklumkan, karnival yang bermula dari pukul 9 pagi hingga 5 petang itu melibatkan majikan dari pelbagai sektor dengan tawaran lebih 1,000 kekosongan jawatan.

“Terdapat juga klinik resume yang mana pengunjung boleh mendapatkan khidmat nasihat manakala klinik kerjaya pula bagi mengenalpasti kesesuaian pekerjaan dengan kelayakan,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Orang ramai boleh membuat pendaftaran terlebih dahulu di laman web https://eiskerjaya.perkeso.gov.my. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini