Lebih 100 sertai program Kospen - Utusan Malaysia

Lebih 100 sertai program Kospen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT 13 Julai – Lebih 100 orang penduduk pelbagai kaum di sekitar Jerteh dekat sini hari ini menyertai program Komuniti Sihat Perkasa Negara (Kospen).

Program anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Jerteh dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Besut itu turut disertai kanak-kanak dari tiga kelas Tabika Perpaduan Zon Jerteh.

Pengerusi KRT Bandar Jerteh, Mohammad Ishak berkata, antara acara yang disediakan ialah senamrobik, larian 10,000 langkah dan pemeriksaan kesihatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, selain itu, diadakan juga pertandingan mewarna yang disertai kanak-kanak tiga kelas tabika perpaduan dari Bandar Jerteh, Seberang Jerteh dan Simpang Tiga Jerteh.

“Menerusi program seumpama itu penduduk bukan sahaja didedahkan kepada aspek penjagaan kesihatan malah pada masa yang sama mengeratkan perpaduan yang sedia terjalin,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini