Larangan merokok gagal? - Utusan Malaysia

Larangan merokok gagal?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LARANGAN merokok di premis-premis makanan yang diperkenalkan oleh kerajaan dilihat gagal. Masih ramai yang merokok di dalam restoran walaupun peraturan untuk berbuat demikian perlu berada jauh sekurang-kurangnya tiga meter dari premis.

Pada pendapat saya, lebih baik dinaikkan harga rokok kepada RM30 sebungkus manakala rokok seludup dibanteras habis-habisan. Mereka yang didapati menghisap atau menyimpan rokok seludup hendaklah didenda RM5 sebatang.

Setiap perokok pula diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan berjadual dengan doktor. Jika sihat, baharulah diberikan surat kebenaran merokok daripada doktor.

Memuatkan artikel berkaitan…

OMAR LOLO

Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini