Lapangan terbang Nepal ditutup, pesawat tergelincir - Utusan Malaysia

Lapangan terbang Nepal ditutup, pesawat tergelincir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU 12 Julai – Satu-satunya landasan Lapangan terbang antarabangsa Nepal ditutup hari ini selepas pesawat tergelincir pada landasan yang baharu dibaiki,

Dalam kejadian itu, dua orang dilaporkan cedera setelah Yeti Airlines ATR 72-500 tiba dari selatan Nepal dengan 66 penumpang.

Menurut Pengurus Besar lapangan terbang, Raj Kumar Chettri, pasukannya sedang berusaha mengalihkan pesawat itu agar dapat beroperasi semula.

Memuatkan artikel berkaitan…

Proses pengalihan pesawat mengambil masa lama berikutan hujan lebat yang menyebabkan kawasan itu berlumpur.

Pihak berkuasa mengambil masa selama 11 jam untuk mengalihkan pesawat berkenaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini