Lantik transgander: Tidak bermakna iktiraf LGBT - Utusan Malaysia

Lantik transgander: Tidak bermakna iktiraf LGBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Julai – Pelantikan golongan minoriti seperti transgender bagi menganggotai Mekanisme Penyelarasan Negara (CCM) tidak bermakna kerajaan mahupun Kementerian Kesihatan mengiktiraf amalan, budaya atau gaya hidup kumpulan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgander (LGBT).

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM), Datuk Dr. Zainal Arifin Omar berkata, langkah tersebut dilihat hanya untuk memastikan pelaksanaan program tertentu perlu bersifat inklusif serta mudah dicapai.

“PPPKAM berpegang kepada prinsip universal di mana dalam merancang dan melaksanakan semua program kesihatan awam peringkat global, nasional dan setempat tidak harus ada diskriminasi dan ‘left-out’ berdasarkan bangsa, agama, warna kulit, politik, gaya hidup dan sebagainya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sudah menjadi amalan kementerian berdasarkan prinsip kesihatan awam yang menyeluruh mengambil wakil-wakil pelbagai pemegang taruh, dalam pelbagai jawatankuasa program seperti Program Gantian Metadon, Penukaran Jarum Suntikan, pemberian kondom dan decriminalization of drug addictions,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas berhubung pelantikan seorang transgender, Rania Zara Medina sebagai ahli CCM melalui surat pelantikan rasmi Kementerian Kesihatan yang ditandatangani Timbalan Menterinya, Dr. Lee Boon Chyeber tarikh 25 Jun lalu tular dalam media sosial sejak Ahad lalu.

Boon Chye menerusi kenyataan semalam bagaimanapun menjelaskan, pelantikan Rania sebagai ahli CCM Malaysia bagi penggal 2019 hingga 2021 adalah mengikut prosedur sedia ada. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini