LONDON – Teka-teki kekosongan ‘kerusi’ pengurus baharu Chelsea akhirnya terjawab selepas gergasi Liga Perdana England (EPL) itu mengesahkan pelantikan Frank Lampard mengisi jawatan tersebut dengan kontrak selama tiga tahun. Lampard, 41, kembali bersama The Blues selepas menghabiskan masanya selama 13 tahun sebagai pemain dengan memenangi pelbagai kejuaraan diraih antaranya tiga kejuaraan EPL, satu gelaran Liga Juara-Juara dan Liga Europa serta lima trofi Piala FA. “Saya sangat berbangga kerana sekarang pulang semula bersama Chelsea sebagai pengurus baharu. Fokus saya sekarang adalah menyiapkan pasukan menghadapi saingan musim depan. “Saya ke sini untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya