LONDON – Frank Lampard tanpa berselindung memberitahu dia perlu memastikan Callum Hudson-Odoi tidak meninggalkan Chelsea kerana itu menjadi salah tugasnya di Stamford Bridge.
Lampard merancang untuk duduk berbincang bersama Hudson-Odoi bagi menjelaskan dia menjangkakan pemain berusia 18 tahun itu menjadi visi di Chelsea.
Kontrak Hudson-Odoi tamat pada musim panas depan dan menjadi subjek Bayern Munich selepas menawarkan 35 juta pound (RM181 juta) pada Januari lalu dan juara Bundesliga itu memperbaharui bidaan mereka kepada 22 juta pound (RM113 juta) bulan lalu menyaksikan penurunan harga terhadap pemain tersebut.
Bagaimanapun, Hudson-Odoi masih belum membuat keputusan sehingga dia kembali menyertai skuad utama yang dijangka pada awal musim depan selepas dia kembali pulih daripada kecederaan tendon Achilles pada April lalu.
“Saya akan memberi perhatian lebih untuk memastikan Callum kekal di sini sebab secara kontrak tempatnya masih bersama Chelsea.
“Saya tahu dia pemain yang macam mana. Dia boleh menjadi pemain hebat dan berupaya melakukan peningkatan dan saya mahu bekerjasama dengannya bagaimanapun saya perlu memastikan dia kekal lebih lama di sini dan sudah tentu keputusan itu dicapai di antara dia dan kelab.
“Saya boleh nampak dia merupakan pemain utama untuk kami,” kata Lampard. – AGENSI











