KUALA LUMPUR 18 Julai – Laluan Kontra di Jalan Gasing, Petaling Jaya dekat sini yang dibuka bermula pukul 5 hingga 6.45 petang ini akan ditutup serta-merta jika hujan. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam satu kenyataan memaklumkan, langkah itu diambil atas faktor keselamatan terutama kepada semua pengguna jalan raya. Orang ramai boleh menghubungi Bahagian Kerja Awam atau Lalu Lintas, Jabatan Kejuruteraan MBPJ di talian 03-7958 4221 untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya