Kuatkan daya ingatan - Utusan Malaysia

Kuatkan daya ingatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ada sesetengah orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan waktu tidurnya. Keletihan itu hanya akan mengganggu maklumat atau data yang disimpan oleh otak di samping menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baharu. Seeloknya rancang waktu tidur anda.

* Mengawal tekanan dan kemurungan

Ada sesetengah perkara dalam hidup ini kita tidak mampu mengubahnya meskipun telah berusaha keras. Berhadapan dengan hal-hal yang yang datang secara tidak direlakan atau diduga ini menyebabkan berlaku tekanan dalam hidup. Tekanan ini hanya membuatkan jiwa kita tidak tenteram dan mencetuskan kemurungan dalam hidup.

Memuatkan artikel berkaitan…

* Pengambilan ubat

Ada sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan penerimaan sistem tubuh hinggakan memberi kesan sampingan yang memudaratkan. Sebaiknya perlu mendapatkan rujukan terlebih dahulu daripada pakar perubatan yang bertauliah sebelum membelinya untuk kebaikan bersama.

* Bersenam

Seperti kata pepatah, otak yang cerdas bermula daripada badan yang sihat . Bagi membina tubuh yang sihat seseorang itu mesti melakukan aktiviti yang dapat menggerakkan anggota badan sekali gus dapat melancarkan lagi peredaran darah ke otak.

Otak itu sendiri memerlukan oksigen yang mencukupi bagi memastikan tubuh dapat berfungsi pada tahap optimum.

Kekurangan bekalan oksigen hanya akan menyebabkan kita mudah mengantuk seterusnya menjejaskan kecergasan dan keaktifan otak. Luangkan masa untuk bersenam walaupun sekadar berjalan kaki dalam jarak tertentu.

* Aktiviti yang mencabar

Otak perlu sentiasa diaktifkan dalam usaha meningkatkan fungsi dan keupayaannya. Otak yang sentiasa aktif akan menajamkan daya ingatan agar tidak dimamah usia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini