Kontrak LRT3 ditamatkan, IJM dapatkan nasihat undang-undang - Utusan Malaysia

Kontrak LRT3 ditamatkan, IJM dapatkan nasihat undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Julai – IJM Corp Bhd. memaklumkan kontrak bernilai RM1.12 bilion untuk kerja bawah tanah di projek LRT 3 telah ditamatkan.

Syarikat berkata, anak syarikat milik penuhnya IJM Construction Sdn. Bhd. (IJMC) telah menerima notis penamatan daripada MRCB George Kent Sdn. Bhd. pada 8 Julai.

IJMC telah dianugerahkan kontrak pada 13 Mac, 2018. Kerja-kerja awal telah bermula sebelum projek itu digantung pada bulan Jun 2018.

Memuatkan artikel berkaitan…

“IJMC kini sedang berunding dengan penasihatnya dan akan mendapatkan nasihat undang-undang yang sesuai di bawah kontrak,” katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini