KUALA LUMPUR – Buat pertama kalinya, penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal mengadakan konsert khas di Festival Theatre, Adelaide, Australia bersempena dengan penganjuran OzAsia Festival pada 18 Oktober depan.
“Sesuatu yang mengujakan sebab pertama kali membuat konsert di Adelaide. Peminat-peminat juga memberikan respon yang baik dan ramai yang ingin ikut serta ke Adelaide.
“Memang ada rasa berdebar sebab membuat persembahan di negara orang dan pemilihan oleh penganjur juga satu penghormatan kepada saya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.
Terdahulu, Siti atau nama sebenarnya, Siti Nurhaliza Tarudin, 40, mengumumkan perkara tersebut menerusi laman Instagram milik nya sebentar tadi.
“Kepada para peminat saya, Sitizoners, di mana sahaja anda berada jom kita ke Adelaide. Kepada peminat-peminat saya di Asutralia, inilah masanya anda bertemu dengan saya.
“Jumpa di Adelaide Oktober nanti,” kongsi pelantun lagu Anta Permana itu.
Tiket meet & greet berharga $149 (RM573.35), premium $99 (RM285.23), early bird $78 (RM224.73) dan group 8+ pula berharga $75 (RM216.09).
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.ozasiafestival.com.au/events/siti-nurhaliza/ – K! ONLINE











