KUALA LUMPUR 17 Julai – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) telah memfitnah Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berhubung isu Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355. Pesuruhjaya Kehakiman, Rohani Ismail memutuskan demikian selepas defendan, Profesor Datuk Mahamad Naser Disa gagal mengemukakan sebarang keterangan yang menunjukkan bahawa Khalid selaku plaintif telah mengeluarkan kenyataan yang menentang RUU 355. “Kenyataan defendan menggambarkan plaintif menentang RUU 355 adalah tidak benar dan menjatuhkan reputasi plaintif,” ujarnya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya