Ketulenan video seks tinggi - KPN - Utusan Malaysia

Ketulenan video seks tinggi – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Julai – Kebarangkalian ketulenan video seks dikaitkan dengan seorang menteri kanan Kabinet yang tular dalam media sosial baru-baru ini adalah tinggi.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, pengesahan itu diperoleh hasil analisis yang dilakukan CyberSecurity Malaysia.

Bagaimanapun ujarnya, hasil proses pengecaman wajah adalah negatif dan tidak dapat mengaitkan pelaku di dalam video tersebut dengan individu yang dimaksudkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil siasatan PDRM juga mendapati, bahawa wujud pakatan jahat yang didalangi oleh seorang pemimpin parti politik bertujuan mengaibkan dan menjatuhkan individu tertentu.

“Video yang disebarkan dengan tujuan membangkitkan kegusaran masyarakat dan telah dihasilkan oleh pihak yang diupah dengan ratusan ribu ringgit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini