SHAH ALAM – Seorang ketua sindiket Macau Scam yang berpangkalan di Taiwan berjaya diberkas bersama tiga ahli sindiket itu dalam serbuan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur baru-baru ini. Kesemua mereka berusia 24 hingga 32 tahun itu diberkas pada 16 dan 17 Julai lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Asisten Komisioner Fazlisyam Abd. Majid berkata, mereka dikehendaki selepas dipercayai terlibat dalam tujuh kes Macau Scam di negeri ini dengan…










