Kerajaan tiada cadangan 
kenakan harga karbon - Utusan Malaysia

Kerajaan tiada cadangan 
kenakan harga karbon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Julai – Malaysia tidak merancang untuk mengenakan harga karbon ke atas pemain industri biarpun data bagi 2011 menunjukkan karbon dioksida menyumbang 72 peratus daripada pelepasan gas rumah hijau negara, dengan hampir separuh dihasilkan oleh sektor penjanaan elektrik arang batu.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, ini kerana terdapat tindakan-tindakan lain yang dapat diambil untuk mengurangkan pelepasan karbon seperti meningkatkan kecekapan tenaga terhadap proses sedia ada sebelum peraturan tersebut diperkenalkan.

“Lebih daripada 50 peratus tenaga elektrik di Malaysia digunakan oleh bangunan. Jika kita benar-benar menumpukan pada usaha meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga, ia lebih berkesan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sudah tentu saya mempunyai banyak peraturan dan dasar-dasar berkaitan alam sekitar yang diterima. Tetapi pendapat saya adalah mudah jangan buat perkara yang tidak masuk akal dan sukar bagi pemain industri,” katanya dalam Sidang Meja Bulat Tenaga Malaysia, Forum Ekonomi Dunia di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petroliam Nasional Bhd. (Petronas), Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin; Pengerusi Suruhanjaya Tenaga, Datuk Ir. Ahmad Fauzi Hasan; Ketua Pegawai Strategi dan Pengawalseliaan Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Datuk Faziur Rahman Zainuddin dan Ketua Masa Depan Tenaga dan Bahan, Forum Ekonomi Dunia, Roberto Bocca.

Sementara itu, dalam per­kembangan lain, Bee Yin berkata, kementerian berharap dapat memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi grid elektrik ASEAN yang menyambung bekalan tenaga dari Laos, Thailand dan Malaysia pada September ini.

Katanya, pihaknya juga kini dalam proses membina kabel dasar laut ke Singapura dan ia akan dihubungkan melalui grid tersebut.

“Kita mempunyai beberapa perkembangan berhubung grid ASEAN, jadi saya berharap dapat menandatangani MoU dengan menteri-menteri negara yang terlibat pada September supaya kita benar-benar boleh mempunyai grid yang benar-benar berfungsi.

“Ini adalah inisiatif utama dan juga dimulakan oleh pegawai-pegawai kami di Malaysia dan kami juga berharap untuk melihat ke negara-negara ASEAN lain tetapi apa yang pen­ting adalah memiliki bekalan tenaga dan kuasa yang selamat, boleh dipercayai dan mapan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini