Kenapa perlu campur tangan politik? - Utusan Malaysia

Kenapa perlu campur tangan politik?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Jika semalam, Ketua Pemuda UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki ada mempersoalkan di manakah pendirian Pakatan Harapan (PH) semasa Raja dihina.

Pemimpin DAP, PKR serta Amanah begitu bersungguh dalam bersolidariti untuk pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin yang berbukti bersalah menghina institusi Raja.

Pada hari ini, Wan Ji berjaya dalam permohonannya untuk mendapatkan penangguhan hukuman penjara atas kesalahan menghasut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hal ini sejurus selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk membincangkan mengenai hukuman penjara setahun di bawah Akta Hasutan yang dikenakan terhadap Wan Ji.

Persoalannya, mengapakah perlunya campur tangan politik dalam hal ini dan tindakan PH telah mencemarkan kedaulatan undang-undang serta institusi kehakiman negara.

Tiada rasionalnya pemimpin PH melindungi Wan Ji kerana terbukti bersalah dibawah Akta Hasutan. Kini, PH menuntut supaya Akta Hasutan dihapuskan supaya boleh memberi lagi ruang dan kebebasan kepada kelompok radikal dan liberal bersuara di Malaysia.

Hari ini jelas di mata rakyat bahawa kerajaan PH tidak melindungi kedaulatan Raja-raja Melayu dan menjejaskan konsep pemisahan kuasa yang didukung selama ini serta menghakis keharmonian negara.

Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu

*Penafian: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Utusan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini