KUALA LUMPUR 15 Julai – Kementerian Kewangan tidak pernah memberi sebarang arahan untuk merampas dana kira-kira RM1 bilion yang dimiliki sebuah syarikat milik kerajaan China, China Petroleum Pipeline Engineering Ltd (CPP). Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menegaskan, arahan mengenai rampasan itu mungkin perlu dirujuk kepada agensi penguatkuasa, bukannya Kementerian Kewangan. “Saya hanya mahu beritahu Kementerian Kewangan dan diri saya sendiri tidak pernah mengeluarkan arahan untuk merampas dana itu. “Sekiranya ada rampasan dilakukan, anda boleh merujuk kepada agensi penguatkuasa. Itu sahaja yang saya mahu cakapkan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya