JOHOR BAHRU 20 Julai – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memulakan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2019 edisi ke-22 merentasi laluan sejauh 686 kilometer hari ini. Rombongan diraja yang mendapat perkenan Sultan Ibrahim selaku ketua konvoi itu bakal menjelajah 10 daerah di negeri ini hingga Isnin ini. Kembara pagi ini dimulakan dengan Sultan Ibrahim berkenan menunggang motosikal berkuasa tinggi, ‘Harley-Davidson 2019 Road King Special Touring Bike’ ke destinasi pertama iaitu…










