Kelantan Warriors uji kekuatan di Riau - Utusan Malaysia

Kelantan Warriors uji kekuatan di Riau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Kejohanan Empat Penjuru di Riau, Indonesia pada 12 hingga 15 Julai ini menjadi medan terbaik Kelantan Warriors untuk menguji kekuatan menjelang Piala Khir Johari dan Liga Sepak Takraw (STL), September depan.

Pengurus pasukan, Ahmad Shazwan Muhammad Hassan, berkata kejohanan antara regu dan berpasukan itu menjadi plaftrom terbaik menilai kekuatan serta kelemahan yang ada pada Kelantan Warriors.

Menurutnya, pada kejohanan itu Kelantan Warriors akan membariskan sembilan pemain muda berbakat diketuai tekong, Muhammad Khairul Hisyam Md. Yusoff.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berpandukan kepada barisan pemain yang dibawa, kami optimis Kelantan Warriors mampu melangkah ke final kejohanan.

“Besar harapan kami agar barisan pemain dapat memberikan aksi terbaik pada kejohanan itu nanti,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Shazwan menghargai tajaan syarikat Ummah Water Sdn Bhd (anak syarikat KO-UMMAH) yang akan menaja minuman isotonik untuk skuad Kelantan Warriors.

“Kami menghargai tajaan yang dihulurkan Ummah Water.

“Ia pasti menyuntik semangat perjuangan pemain untuk memburu kejuaraan dalam kejohanan tersebut,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini