PUTRAJAYA 16 Julai- Kejayaan pasangan terjun negara, Pandelela Rinong-Leong Mun Yee yang meraih tiket ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo diharap dapat memberi inspirasi kepada atlet negara yang lain. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, prestasi cemerlang gandingan berpengalaman negara itu amat bermakna khususnya dalam usaha untuk layak ke temasya Olimpik. “Kejayaan gandingan penerjun negara ini sangat bermakna, prestasi yang dipamerkan amat baik dan saya berharap ianya akan berterusan dalam persediaan untuk mengharungi temasya Olimpik pada tahun hadapan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya