LANGKAWI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lapan bulan ditemukan lemas, selepas terjatuh ke dalam sebatang sungai berhampiran Jeti Nelayan Kampung Sungai Menghulu, di sini tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang bermain bersama empat lagi adik-beradiknya di lokasi berkenaan, yang terletak berhampiran rumah bapa saudaranya. “Menurut bapa saudara kanak-kanak malang itu kira-kira pukul 1.10 petang dia (bapa saudara mangsa) dimaklumkan oleh anaknya bahawa mangsa telah terjatuh ke dalam air, sebelum bergegas ke tempat kejadian dan mendapati kanak-kanak itu berada di dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya