Kajian khas kesan, punca pencemaran udara di Pasir Gudang - Utusan Malaysia

Kajian khas kesan, punca pencemaran udara di Pasir Gudang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 18 Julai – Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi Jawatankuasa Teknikal dan Saintifik sedang menjalankan kajian analisis beban dan daya tampung pencemaran bagi menilai dan menganalisa kesan serta punca yang boleh menyebabkan pencemaran udara di Pasir Gudang.

Ketua Pengarahnya, Norlin Jaafar berkata, kajian analisis itu untuk menilai serta menganalisa zon penampan dan keadaan kualiti udara, air sungai, air bawah tanah dan potensi tanah tercemar yang boleh menyebabkan pencemaran udara.

Katanya, mesyuarat pertama jawatankuasa terbabit bagi melakukan kajian itu sudah diadakan pada Isnin lalu dianggotai pakar-pakar dalam bidang berkaitan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jawatankuasa ini dianggotai oleh pakar-pakar udara, air, air bawah tanah, tanah tercemar, zon penampan serta geospatial selain pakar pemodelan dalam aspek air, udara dan air tanah.

“Laporan awal bagi kajian ini dijangka akan dapat dikeluarkan dalam tempoh enam minggu dari tarikh pelantikan ini oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim pada Isnin lalu,” katanya pada sidang akhbar khas rumusan insiden gangguan kesihatan Pasir Gudang di pejabat JAS negeri di sini hari ini.

Norlin berkata, selain JAS jawatankuasa ini turut dianggotai Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP), Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan Meteorologi serta Agensi Angkasa Malaysia.

Katanya, sejurus kajian ini dilakukan, pihaknya akan membentangkan laporan hasil kajian kepada menteri MESTECC dan kerajaan negeri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini