Kain rentang gesa PM letak jawatan di Port Dickson - Utusan Malaysia

Kain rentang gesa PM letak jawatan di Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 19 Julai – Beberapa jam sebelum majlis perasmian program Temu Rapat Pimpinan PKR di sebuah resort terkemuka di sini malam ini, beberapa kain rentang menggesa Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad meletak jawatan muncul.

Kain rentang itu tertulis ‘Mahathir letak jawatan, serah negara pada Anwar’.

Kain rentang yang memaparkan gambar kedua-dua pemimpin itu dipasang di simpang tiga Batu 4 Jalan Pantai dekat sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ia tidak jauh dari lokasi majlis PKR tersebut.

Dr. Mahathir dijadualkan merasmikan majlis berkenaan kira-kira pukul 9 malam ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini