Juventus mampu menjulang kejuaraan UCL - Utusan Malaysia

Juventus mampu menjulang kejuaraan UCL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN – Pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo yakin gergasi Serie A, Juventus akan kembali memenangi Liga Juara-Juara (UCL).

Melakar kejayaan yang cukup cemerlang di saingan domestik apabila muncul juara Serie A buat kali kelapan berturut-turut, Juve kini mahu merangkul kejuaraan Eropah selepas lima kali muncul naib juara sejak kali terakhir muncul juara pada 1996.

Kapten Portugal itu, berjaya merangkul kejuaraan UCL sebanyak lima kali itu dengan empat gelaran tersebut diraih bersama Real Madrid namun dia tidak mampu untuk membantu Juve melepasi suku akhir dalam musim pertamanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, Ronaldo percaya pasukan yang kini dibimbing Maurizio Sarri itu mampu untuk menakluki Eropah tidak lama lagi.

“Selepas meraih kejayaan di Madrid, saya memerlukan perubahan dan motivasi baru. Saya masih lagi berupaya untuk terus meraih kemenangan.

“Juventus akan memenangi UCL. Saya tidak tahu bila tetapi mereka semakin hampir,” katanya selepas menerima anugerah Marca Leyenda di atas pencapaiannya sebagai pemain bola sepak profesional.

Bintang berusia 34 tahun itu mudah menyesuaikan diri bersama Juve selepas meninggalkan Madrid dengan membantu gergasi Itali itu muncul juara Serie A bagi musim 2018-19.

Penyerang veteran itu turut merekod 28 gol dalam semua kejohanan dan 21 gol tersebut hadir daripada saingan liga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini