Jujurkah Fasiah kali ini? - Utusan Malaysia

Jujurkah Fasiah kali ini?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERIBAHASA selalu menyebut, jika tiada angin masakan pokok boleh bergoyang dan dalam konteks politik, selalu sahaja khabar angin itu menjelmakan realiti, walaupun dimulut ahli atau pemimpin politik, mereka menafikan segalanya.

Sebab itu ada pesanan khas dalam kita menilai tutur kata orang politik. Kata orang, percakapan mereka perlu difahami secara psikologi terbalik. Jika perkataan tidak yang keluar dari mulut mereka, maksud sebenarnya belum pasti tidak.

Pada orang politik bercakap tidak benar bukan ‘dosa’, sebaliknya ia merupakan seni berpolitik. Sebab itu mereka tidak merasa bersalah untuk menjanjikan ‘bulan bintang’ sekalipun sedar janji berkenaan adalah mustahil direalisasikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam soal ini, sejak beberapa hari lalu tersebar khabar angin yang Ahli Parlimen Sabak Bernam, Mohamad Fasiah Mohd. Fakeh mahu keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang baharu disertainya bersama lima lagi wakil rakyat UMNO tidak sampai setahun lalu.

Fasiah segera menafikan. Memang beliau seorang ahli politik yang pantas dalam menjawab isu. Sama sepertimana penafiannya Disember tahun lalu bahawa beliau tidak akan tinggalkan UMNO, tetapi seminggu kemudian UMNO ditinggalkannya.

Kini, baharu tujuh bulan bersama Bersatu, skrip sama diulang sebaik timbul khabar angin beliau mahu keluar parti. Soalnya, jika penafian sama dibuat sewaktu dalam UMNO tetapi akhirnya terbukti benar, apakah penafian Fasiah kali ini sesuatu yang jujur?

Apatah lagi beberapa pemimpin UMNO sendiri secara terbuka memberitahu ada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang lompat parti, mahu kembali semula ke pangkuan UMNO, kerana kecewa setelah apa yang dihajati dalam Bersatu gagal diperolehi.

Namun, sebetulnya ke mana pun langkah politik Fasiah selepas ini, beliau tersepit. Tindakan lompat parti dari UMNO ke Bersatu tidak diikuti akar umbi UMNO Sabak Bernam dan di pihak Pakatan Harapan (PH) pula , Sabak Bernam adalah kerusi PKR.

Jika diukur pada undi yang diterima UMNO dan Pas pada pilihan raya umum lalu, ia berjumlah 22,162 undi jauh mengatasi undi PKR yang cuma 11,188 undi. Kalau sekalipun PKR bermurah hati mahu memberi laluan kepada Bersatu bertanding di Sabak Bernam pada pilihan raya umum akan datang, mampukah Fasiah menang?

Maka sebab itu, adalah tidak pelik jika ada pemimpin politik yang berada dalam dilema seperti Fasiah ini dikhabarkan kembali mengetuk pintu UMNO tetapi jika ada maruah Seharusnya perkara sedemikian tidak berlaku. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini