Judi atas talian digempur di Kuchai Lama - Utusan Malaysia

Judi atas talian digempur di Kuchai Lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Julai – Sebanyak enam lelaki termasuk seorang wanita warga tempatan ditahan dalam satu serbuan di sebuah kondominium mewah di sekitar Kuchai Lama di sini semalam.

Serbuan pada pukul 5 petang itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Anti Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

Ketua Polis Daerahnya, Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, semua suspek yang ditahan terbabit dalam kegiatan perjudian atas talian tersebut dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an.

“Kumpulan tersebut beroperasi dengan berselindung di sebalik kondominium mewah sebagai markas perjudian atas talian bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Kita juga berjaya merampas pelbagai barangan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan perjudian seperti telefon bimbit pelbagai jenama (5), komputer riba (3) dan sebuah sangkar berisi bola pelbagai nombor,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ruslan memberitahu, kesemua tangkapan di bawa ke IPD Brickfields untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 4 (1)(c) Akta Pertaruhan 1953 kerana menguruskan tempat pertaruhan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan perjudian atas talian boleh menghubungi bilik gerakan IPD Brickfields di talian 03-22979222 atau hadir di mana-mana balai polis untuk menyalurkan maklumat,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×