Jual durian tanpa kulit jadi buruan orang ramai - Utusan Malaysia

Jual durian tanpa kulit jadi buruan orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seorang peniaga durian menjadi popular di laman sosial selepas dia hanya menjual isi buah yang digemari oleh kebanyakan penduduk di negara ini.

Lebih memeranjatkan lagi, isi durian tersebut dijual pada harga yang berpatutan iaitu RM25 bagi satu kilogram.

Difahamkan, peniaga itu, Mohd. Izzuwan Ismail, 30, membuka gerai durian itu di sebuah lebuh raya yang menghubungkan Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok dan Changlun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Mohd. Izzuwan, dia mendapat idea untuk menjual durian yang ditimbang tanpa kulit beberapa bulan lalu selepas beberapa kali terbeli durian buruk.

“Saya mahu pelanggan berpuas hati dan dapat melakukan akad jual beli dengan rasa senang hati.

“Jika saya sendiri berasa marah apabila terbeli durian buruk, orang lain pun sama saja. Mungkin ada yang menyumpah-menyumpah peniaga durian,” katanya.

Menurutnya, setiap hari dia berjaya menjual 200 biji durian.

Sikap jujur Mohd. Izzuwan menjadikan gerainya kini menjadi buruan ramai terutama peminat durian di utara tanah air.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini