AMMAN – Jordan hari ini mengharamkan permainan video popular, PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) dengan menegaskan permainan dalam talian itu membawa kesan yang buruk terhadap rakyat negara tersebut. Seorang sumber Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Telekomunikasi Jordan memberi amaran bahawa permainan itu mempunyai kesan negatif terhadap penggunanya, sehingga menjurus kepada tindakan mengharamkannya. Larangan itu menyamai langkah serupa yang dilaksanakan oleh Iraq, Nepal, negeri Gujarat di India dan Aceh di Indonesia. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya