Jom derma darah di MPS, esok. - Utusan Malaysia

Jom derma darah di MPS, esok.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Julai – Orang ramai dipelawa menderma darah di Lobi Menara Majlis Perbandaran Selayang ( MPS) bagi membantu meningkatkan bekalan darah di Pusat Darah Negara (PDN), esok.

Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad berkata, kempen Jom Derma Darah anjuran pihaknya itu akan diadakan bermula pukul 8 pagi hingga 2.30 petang.

“Program ini merupakan acara tahunan bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk membantu pembekalan darah yang mencukupi kepada mereka yang memerlukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

” Oleh itu, kami menyeru kepada orang ramai agar dapat menjalankan tanggungjawab sosial ini kerana satu beg darah dapat menyelamatkan tiga nyawa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini