Jihin tumbangkan petinju Filipina dalam tiga minit - Utusan Malaysia

Jihin tumbangkan petinju Filipina dalam tiga minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALALUMPUR – Jaguh seni bela diri campuran (MMA) wanita negara, Jihin Radzuan melakukan kejutan apabila hanya memerlukan tiga minit tujuh saat untuk menumbangkan petinju Filipina, Jomary Torres di ONE Championship Masters of Destiny di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi.

Jihin yang terkenal dengan gelaran Shadow Cat tampil dengan aksi bertenaga pada pusingan pertama apabila menjatuhkan Torres sebelum melakukan kuncian kepala menggunakan kedua-dua belah kakinya.

Petinju kelahiran Johor berusia 20 tahun itu mendominasi lawannya meskipun Torres cuba untuk melepaskan diri. Tindakan tersebut tidak berhasil dan petinju Filipina itu mengaku kalah pada pusingan pertama tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hasil kemenangan tersebut, Jihin kini terus melebarkan rekod kemenangan kelimanya dalam pertarungan MMA.

“Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang hadir dan menyaksikan perlawanan pada malam ini. Bagi saya ia sungguh mengujakan kerana dapat menamatkan perlawanan ini.

“Tidak lupa juga kepada keluarga saya yang datang dari Johor untuk menyaksikan perlawanan saya di sini,” katanya sejurus tampat perlawanan di sini sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini