Jangan bandingkan saya dengan Xavi, Iniesta - Utusan Malaysia

Jangan bandingkan saya dengan Xavi, Iniesta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID – Pemain tengah Barcelona, Frenkie de Jong menegaskan dirinya enggan dibandingkan dengan legenda kelab berkenaan, Xavi dan Andres Iniesta.

De Jong menandatangani kontrak bersama juara LaLiga itu daripada Ajax, Januari lalu, dengan yuran perpindahan 75 juta Euro (RM348 juta) tetapi hanya berpindah ke Nou Camp selepas tamat musim 2018-19.

Bintang Belanda itu telah mula dibandingkan dengan Xavi dan Iniesta, namun De Jong tidak berminat untuk membincangkan persamaannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak mahu dibandingkan dengan mereka. Ia merupakan kelab terbaik untuk pemain tengah.

“Penguasaan bola pasukan ini sangat baik dan amat bersesuaian dengan saya,” katanya.

De Jong menyertai Barcelona selepas beraksi cemerlang dengan Ajax dengan menjuarai dua gelaran domestik dan melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara.

Berkenaan sasarannya bagi musim 2019-20, De Jong mahu tersenarai dalam skuad utama Barca dan mahu membantu pasukan gergasi Sepanyol itu di pentas Eropah.

“Saya mahu kerap diturunkan dan ia merupakan apa yang diinginkan oleh semua pemain.

“Saya akan bekerja keras dalam sesi latihan dan cuba yang terbaik setiap kali beraksi di atas padang.

“Sudah pasti saya gemar menyerang, ia lebih menarik dan meningkatkan keterujaan penyokong yang hadir,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini