LONDON – Bekas pertahanan antarabangsa England, Phil Jagielka kembali ke pangkuan Sheffield United selepas 12 tahun bersama Everton. Pemain berusia 36 tahun itu menandatangani perjanjian selama setahun di Bramall Lane menjelang kepulangan Blades ke kancah Liga Perdana Inggeris. Jagielka yang pernah dilantik sebagai penolong kapten United sewaktu kempen terakhir mereka dalam Liga Perdana pada 2006/07 dan selepas Sheffield tersingkir pemain itu menyertai Everton, yang menyaksikan dia melakukan hampir 400 penampilan. “Dia mempunyai sejarah di kelab ini yang mana ia sesuatu yang hebat, tetapi bertemu dengannya dan mendengar tentang hasratnya menjadikan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya