Memiliki personaliti yang menarik dan pertuturan lembut, sekali pandang, Intan Ilyani Ghazali sesuai sekali bergelar pengasas kepada jenama produk penjagaan kulit.
Beliau mengambil keputusan mengeluarkan jenama Face & Co dengan matlamat untuk menyebarkan kepentingan kecantikan bukan sahaja luaran malah turut menekankan aspek dalaman meliputi sopan santun, kebijaksanaan dan cara mereka membawa diri.
Face & Co yang sudah bertapak di dalam pasaran Malaysia sejak 2017, bukanlah menawarkan produk semata-mata, sebaliknya bakal didatangkan dengan kelas rundingan imej profesional.
Berita berkaitan:
Intan Ilyani sebelum ini berkhidmat sebagai Pembantu Peribadi atau PA di institusi perbankan terkenal selama 15 tahun bertindak keluar dari zon selesa kerana merasakan beliau mahu mencuba sesuatu yang baharu.
“Face & Co memperkenalkan produk pertama pada 2017 iaitu bedak asas cushion yang popular pada waktu itu dan diikuti iaitu bedak asas cecair, True Foundation.
“Pada April lalu, kami memperluaskan rangkaian produk dan melancarkan tujuh produk baharu yang bersesuaian dengan cita rasa rakyat tempatan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Intan Ilyani yang juga seorang perunding imej jenama bertauliah berpendapat setiap wanita itu akan menjadi lebih cantik apabila individu itu mempunyai pengetahuan luas dan keyakinan tinggi.
“Saya mahu mengeluarkan produk kecantikan jenama tempatan yang mempunyai kualiti dan standard antarabangsa pada harga mampu milik.
“Proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi produk Face & Co dilakukan di Singapura,” jelas beliau.
Tujuh produk penjagaan kulit baharu di bawah siri True Bold terdiri daripada pencuci solekan (True Remover), pencuci muka (True Cleanser), serum untuk kawalan minyak dan jerawat, serum untuk pencerahan dan serum untuk penegangan dan keremajaan, krim bawah mata (True Eye) dan juga krim pelindung matahari (True BB Screen).
Harga jualan bagi siri True Bold bermula daripada RM79 hingga RM129 dan semua produk berkenaan dikeluarkan di Singapura.
Produk berkenaan juga bebas ujian terhadap binatang dan ia sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.
l Jenama Face & Co ditubuhkan pada April 2017
l Mengetengahkan konsep Be Bold (berani)
l Bakal membuka kelas rundingan imej profesional
l Buat masa ini produk boleh dibeli menerusi laman web
l Rancang melantik wakil jualan negeri











