JERANTUT – Dua beranak nyaris maut apabila kereta yang mereka naiki terjatuh ke dalam gaung berhampiran Kampung Paya Teratai, di sini hari ini.
Mangsa, wanita berusia 27 tahun bersama anaknya lelakinya berusia dua tahun hanya mengalami cedera ringan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Zullkifli Mohamad Zainal berkata, seorang pegawai bersama enam anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira pukul 10.54 pagi.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota kami mendapati sebuah kereta berada di dalam gaung sedalam hampir sembilan meter.
“Kedua-dua mangsa mengalami cedera ringan dan dibawa ke Klinik Kesihatan Padang Piol oleh orang awam sebelum bomba tiba,” katanya. – K! ONLINE











