I-Berhad cadang terbit hak kumpul RM150 juta - Utusan Malaysia

I-Berhad cadang terbit hak kumpul RM150 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Julai – Pemaju hartanah, I-Berhad bercadang menerbit hak Saham Keutamaan Boleh Tukar Boleh Tebus Terkumpul (RCCPS) tiga tahun bagi mengumpul sehingga RM150 juta.

Menurutnya, terbitan hak yang dicadangkan bertujuan membolehkan kumpulan mengumpul dana membiayai portfolio perniagaan pelaburan hartanah atau hospitaliti dan pembangunan hartanah.

Katanya, hasil akan diperuntukkan untuk membiayai pembinaan projek-projek pelaburan atau hospitaliti yang merupakan Menara Pejabat Korporat dan DoubleTree by Hilton Hotel.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi perniagaan pembangunan hartanah, dana tersebut akan digunakan untuk membiayai pembinaan menara kediaman mewah 8Kia Peng @ KLCC dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM780 juta.

“Harga terbitan RCCPS dan asas kelayakan bagi cadangan terbitan hak itu masih belum ditetapkan,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.

Selepas terbitan hak itu dilaksanakan, I-Berhad berkata, pendapatan yang disatukan bagi sesaham I-Berhad akan dicairkan berikutan peningkatan dalam bilangan saham apabila RCCPS ditukar.

“Walau bagaimanapun, cadangan terbitan hak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan.

“Jika tiada sebarang masalah dan tertakluk kepada semua kelulusan yang diperoleh, terbitan hak yang dicadangkan itu dijangka siap pada suku keempat 2019,” katanya.

AmInvestment Bank telah dilantik sebagai penasihat berhubung dengan terbitan hak berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini