BEIJING – Lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah (gambar kecil) Wan Ismail ke China selama empat hari berjaya mencapai matlamat dengan mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan meningkatkan kesefahaman yang sedia terjalin antara Malaysia dan China.
Beliau yang mengakhiri lawatan selama empat hari berakhir semalam berkata, Malaysia antaranya berminat untuk menjalin kerjasama dalam mempelajari teknologi terkini serta kepakaran yang dimiliki republik itu dalam beberapa bidang.
Terdahulu, Wan Azizah melakukan lawatan ke Pusat Pemulihan dan Penyelidikan Masalah Pendengaran dan Percakapan bagi Kanak-Kanak di China sebagai agenda terakhir dalam rangka lawatan rasmi beliau di China bermula Isnin lalu.
Beliau turut tertarik dengan kepakaran dimiliki China yang mampu mengesan sebarang masalah dan ketidakupayaan bayi seawal berusia tiga bulan.
“Wan Azizah memberitahu, China juga telah menzahirkan kesediaan untuk mengimport lebih banyak produk agro komoditi Malaysia termasuk kelapa sawit dan getah di samping memperkukuhkan lagi kerjasama dalam bidang penyelidikan serta pembangunan pertanian.











