Hina isteri ‘bau ikan masin’, pelakon disiasat - Utusan Malaysia

Hina isteri ‘bau ikan masin’, pelakon disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 6 Julai – Pelakon sinetron, Galih Ginanjar, 31, disoal siasat polis selama 13 jam berhubung kes penghinaan yang dibuat lelaki itu terhadap pelakon yang juga bekas isteri­nya, Fairuz A Rafiq.

Galih dalam satu video yang tular dalam media sosial mendakwa kemaluan bekas isterinya itu berbau busuk seperti ikan masin sehingga mendorong Fairuz membuat laporan polis.

Lapor Tribun News, Galih tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Metro Jaya semalam ditemani peguamnya, Rihat Hutabarat sekitar pukul 11 pagi waktu tempatan dan keluar 13 jam kemudian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dia kelihatan murung de­ngan matanya merah susulan proses siasatan tersebut.

Rihat memberitahu wartawan, pelbagai persoalan diajukan polis kepada Galih sepanjang proses tersebut.

“Selama 13 jam ada empat pertanyaan diterima Galih berkait rakaman penghinaan dan proses pembuatan video itu. Siasatan berjalan lancar dan tiada tekanan dan tindakan lain,” katanya.

Dalam pada itu, Galih memberitahu dia tidak tertekan selama proses siasatan itu dilakukan namun mengakui agak kepenatan apabila diajukan pelbagai soalan.

“Semua berjalan lancar dan santai. Bahkan saya diberi makan dan minum mencukupi dan diberi ruang untuk beribadah namun agak kepenatan kerana kurang berehat,” katanya.–AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini