Hentak meja, beza pendapat dalam mesyuarat parti - Utusan Malaysia

Hentak meja, beza pendapat dalam mesyuarat parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Julai – Segala perbezaan pendapat atau pandangan dalam kalangan ahli-ahli dan kepemimpinan PKR akan dibawa ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat dan Biro Politik.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dua platform itu berperanan untuk berbincang sebelum mencapai sebarang keputusan.

“Di situlah medan kita hendak berbeza pendapat, hentak meja. Apabila keluar mesyuarat kita keluar sebagai parti yang telah capai ketetapan dan keputusan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Orang luar tengok cemas, saya sebagai Setiausaha Agung ‘steady’ (tenang) sahaja,” katanya ketika diminta mengulas mengenai usaha kepemimpinan parti untuk menyelesaikan krisis dalaman PKR ketika ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini