JAKARTA – Seekor harimau Sumatera yang diselamatkan selepas terkena jerangkap pada Mac lalu telah disahkan mati baru-baru ini. Lapor portal Tempo, Pengarah Eksekutif Yayasan Arsari Djojohadikusumo, Catrini Pratihari Kubontubuh memberitahu harimau yang dinamakan Inung Rio itu mati disebabkan oleh komplikasi kesihatan yang dialaminya. “Kematiannya disebabkan oleh komplikasi kesihatan yang dialami sebelum dimasukkan ke hospital rehabilitasi lagi,” katanya. Harimau malang itu sebelum ini ditemukan cedera terkena perangkap berdekatan pusat pemulihan ekosistem Riau di Pelalawan. Haiwan liar berusia dalam lingkungan dua hingga empat tahun itu parah di bahagian kaki kiri depannya selepas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya