KUALA LUMPUR 6 Julai – Langkah kerajaan menurunkan had umur belia kepada 30 tahun adalah tidak wajar sekali gus menyukarkan usaha menyelaraskan pergerakan organisasi terutama di peringkat akar umbi. Setiausaha Agung Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (Gema), Nasim Ralim berkata, perkara itu tidak akan membantu mana-mana pihak. Menurutnya, kerajaan sebaliknya disarankan menyemak semula keputusan dan melakukan penyelidikan dibawah Kementerian Belia dan Sukan bagi membantu membangunkan organisasi belia yang sedia ada. “Pemuda GEMA tidak merasakan langkah menurunkan umur belia ini akan membantu lebih ramai mendaftarkan diri dengan pertubuhan, malah semakin menyukarkan usaha…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya