Guru didakwa sebar propaganda kebencian guna Facebook - Utusan Malaysia

Guru didakwa sebar propaganda kebencian guna Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 12 Julai – Seorang guru di sini ditahan dan didakwa menyebarkan kebencian menerusi media sosial, Facebook.

Portal berita Tribun News melaporkan, guru berkenaan yang dikenali sebagai Asteria Fitriani menerusi Facebooknya meminta supaya pihak sekolah tidak memasang gambar Presiden Indonesia iaitu Joko Widodo (Jokowi).

Status itu dimuat naik pada 26 Jun lalu dan pada 1 Julai lalu, seorang kakitangan di sekolah tempat Asteria mengajar membuat laporan polis berhubung status berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sehubungan itu, Asteria didakwa melanggar peraturan teknologi maklumat dan undang-undang jenayah, menurut Ketua Polis Metro Jakarta, Budhi Herdi Susianto semalam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini