Gaspart sokong cadangan penyertaan semula Neymar - Utusan Malaysia

Gaspart sokong cadangan penyertaan semula Neymar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID – Bekas presiden Barcelona, Joan Gaspart menyokong idea untuk membawa pulang semula Neymar ke Camp Nou dengan menyifatkan pemain itu terdesak untuk kembali ke kelab yang terbaik ntuk dirinya.

Khabar angin perpindahan semula pemain itu semakin tersebar luas dengan pemain berusia 27 tahun itu tidak menghadiri sesi latihan pertama bersama Paris Saint-Germain (PSG) kerana sedang menjalani proses pemulihan kecederaan buku lalu.

Bapa kepada penyerang Brazil itu, memberitahu bahawa anaknya diberikan pelepasan untuk tidak menghadiri sesi latihan tetapi juara Ligue 1 menafikan perkara itu dan menegaskan, Neymar akan dikenakan tindakan sewajarnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah sukan PSG, Leonardo juga membuka ruang untuk Neymar meninggalkan kelab itu sekiranya tawaran yang diberikan sepadan dengan permintaan kelab dan pada masa sama mengakui Barcelona turut berminat.

Dalam satu wawancara bersama Cadena SER’s ‘La Graderia’, Gaspart memberitahu, penyokong Catalan sudah pasti akan bersorak jika Neymar menjaringkan gol di Camp Nou walaupun tindakannya meninggalkan kelab itu dua tahun lalu melukakan hati penyokong.

“Neymar ada kelebihan. Kami sama sekali tidak suka cara dia meninggalkan kami tetapi PSG sudah lakukan sebaik mungkin.

“Mereka menawarkan kontrak yang lebih baik dari segi kewangan. Bagaimanapun, kami tidak suka perkara seperti itu.

“Sekarang mereka berkata, Neymar sangat terdesak untuk kembali kerana dia tahu dia melakukan kesilapan besar dengan meninggalkan kami. Memang kami benci dengan tindakannya tetapi jika dia terdesak untuk kembali, apa yang boleh kami lakukan? Tidak mungkin kami akan menghalang keputusan itu selamanya.

“Dalam kes Neymar, soal maruah menjadi perkara pokok terutama selepas dia mengakui kesilapannya. Bagaimanapun, lembaga pengarah tidak akan menilai dari segi maruah tetapi sama ada awak boleh menang kejuaraan atau tidak.

“Jika Neymar sertai pasukan ini dan menjaringkan tiga gol, sudah pasti satu stadium akan memberikan tepukan,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini