Gaji penjawat awam dalam SSM perlu diteliti semula - Utusan Malaysia

Gaji penjawat awam dalam SSM perlu diteliti semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Julai – Selepas 17 tahun tidak disemak semula, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon supaya kadar pemberian gaji kepada penjawat awam dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM) diteliti semula.

Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda malah memberitahu, pihaknya amat berharap supaya kerajaan mempertimbangkan perkara tersebut memandangkan SSM dilaksanakan sewaktu kali pertama Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Jelas Azih, kakitangan kerajaan sepatutnya menikmati semakan gaji setiap lima tahun sekali sejak 2002, namun perkara tersebut tidak pernah berlaku sehingga hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sekiranya tidak dipenuhi, Azih sekali lagi mengulangi pendirian supaya kerajaan menggantikannya dengan satu kenaikan gaji tahunan (KGT) seperti yang dinikmati pada tahun 2013 dan 2016 serta sepatutnya diterima pada 2018.

“Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat dan dengan gaji kakitangan awam yang tidak disemak sejak 2002, kami berharap kerajaan mempertimbangkan supaya memberi satu KGT berserta tunggakan sejak Januari tahun ini.

“Ini juga sebagai ganti kepada KGT yang sepatutnya diperoleh tahun lalu tetapi dibatalkan akibat pertukaran kerajaan. Kami memahami tetapi berharap akan dapat dipenuhi tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Penolong Pegawai Tadbir Malaysia 2019 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini