KUALA LUMPUR 11 Julai – FGV Holdings Bhd. (FGV) menandatangani Perjanjian Pemindahan Ekuiti dengan Grand Industrial Holding Co. Ltd. (GIH) untuk menjual kepentingan ekuiti sebanyak 100 peratus di dalam FGV China Oils Ltd. (FGVCO).
Menurut FGV, ia melibatkan pertimbangan tunai sebanyak 165 juta renminbi (RMB) kira-kira RM100 juta.
“FGV jangka pelupusan selesai di antara akhir 2019 dan suku pertama 2020,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE.
Memuatkan artikel berkaitan…











