Federer, Nadal, Djokovic buru kejuaraan Grand Slam - Utusan Malaysia

Federer, Nadal, Djokovic buru kejuaraan Grand Slam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Roger Federer, Rafael Nadal dan Novak Djokovic berada di landasan terbaik untuk memburu kejuaraan Wimbledon dengan kesemua mereka akan bersaing di All England Club dalam aksi 16 pemain terbaik.

JOAO SOUSA akan berdepan Rafael Nadal dalam pusingan 16 terbaik Wimbledon.

Juara lapan kali, Federer dan juara empat kali, Dojokovic serta juara dua kali, Nadal akan berdepan pemain tidak pernah mara sejauh itu dalam kejohanan Grand Slam itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Federer akan berdepan Matteo Berrettini dalam perlawanan esok bagi mencatat rekod 17 penampilan dalam pusingan keempat.

“Saya tidak begitu mengenalinya dan ini akan menjadi satu cabaran kepada saya.

“Saya pernah lihat dia bermain di Halle dan ketika dia menjadi juara di Stuttgart.

“Sekarang dia berada di sini. Jadi bukan sesuatu yang mudah kepada kami,” kata Federer yang sedang memburu kejuaraan Grand Slam ke-21.

Nadal yang merupakan juara edisi 2008 dan 2010 akan berdepan Joao Sousa dengan Nadal memiliki rekod 2-0 ke atas pemain Portugal itu.

“Dia sangat bahaya kepada semua pemain lain. Dia ada kepantasan luar biasa selain fizikalnya yang cukup kuat,” katanya.

Sementara itu, Djokovic tidak berani meletakkan sasaran untuk beraksi di final buat kali keenam kerana dia akan berdepan pemain berusia 21 tahun, Ugo Humbert dari Perancis yang beraksi buat kali pertama di Wimbledon.

“Banyak pemain pilihan tersingkir awal dalam kejohanan besar seperti ini.

“Sebab itu kejohanan ini dilabel sebagai kejohanan penting dengan semua pemain akan menampilkan permainan terbaik mereka,” katanya.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini