Enggan hubungan intim, suami kelar isteri - Utusan Malaysia

Enggan hubungan intim, suami kelar isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 9 Julai – Gara-gara menolak ajakan untuk melakukan hubungan intim, seorang wanita berusia 34 tahun cedera parah dikelar suaminya dengan parang di rumah sewa mereka di Tanjung Priok, Jakarta Utara, di sini Jumaat lalu.

JPNN yang memetik Ketua Polis Tanjung Priok, Supriyanto sebagai berkata, mangsa sedang menerima rawatan di Hospital Koja, Jakarta Utara.

Ketika kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, tindakan Faziyah menolak ajakan suaminya mengadakan hubungan seks menyebabkan suspek berang dan mula bertindak ganas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Akibat daripada pergelutan itu, mangsa terjatuh di atas katil dan waktu itu suspek bertindak mengelar leher mangsa seperti kambing,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Kata Supriyanto, Faziyah mengalami pelbagai kecederaan termasuk di tangan akibat ditikam suspek dan mangsa yang masih sedar sempat menjerit meminta bantuan jiran-jirannya.

“Mendengar jeritan itu, jiran-jiran datang memecah masuk dan mendapati mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan tidak bermaya.

“Mereka kemudian menghubungi polis sebelum membawa mangsa untuk mendapat bantuan kecemasan ke sebuah hospital berhampiran. Keadaan mangsa semakin bertambah baik dan sudah boleh bercakap,” jelasnya. – AGENSI

Supriyanto memberitahu, kejadian itu berlaku di hadapan dua orang anak mereka yang masih kecil dan kedua-dua kanak-kanak itu tidak dapat melakukan apa-apa selain hanya memerhatikan ‘aksi’ bapanya itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini